Sabtu, 11 Ogos 2018

Bayi Selsema



SELSEMA merupakan satu jangkitan yang kerap dialami bayi disebabkan sistem imunisasi rendah yang berpunca daripada serangan virus di saluran pernafasan bayi dan selalunya selesema berjangkit melalui udara atau sentuhan.

Apabila selsema, bayi akan menunjukkan reaksi tidak selesa, sukar bernafas, penyusuan terganggu, sukar tidur dan menyebabkannya kerap merengek dan menangis. Pastinya situasi ini turut memberi kesukaran kepada ibu bapa terutamanya pada waktu malam. Ibu dan bapa pastinya resah apabila bayi selsema, batuk atau demam.

Ibu kena banyak-banyak sabar melayan kerenah anak, berilah tumpuan yang lebih sewaktu mereka sakit. Ia mungkin boleh memberikan keselesaan sedikit buat si comel. Ada banyak cara untuk merawat selesema bayi antaranya memberinya makan ubat daripada klinik, namun, pada usia bayi yang masih kecil pemberian ubat pada peringkat awal seharusnya dielakkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan